Penyanyi dua kembar seiras, Aisha Hanim menyatakan mereka berdua nekad untuk tidak makan nasi selama empat bulan bagi mendapatkan berat badan ideal yang diidamkan. Memetik portal Gempak!, pemilik nama Nooraisha Farizan dan Hanim Fariza berkata pada asalnya mereka berdua hanyalah mahu mengamalkan diet tanpa makan nasi sebelum bermulanya penggambaran muzik video. “Sebenarnya tak dinafikan, mulanya kami mula berdiet (tak makan nasi) dari tahun lepas sebelum penggambaran muzik video Tinggalkan Cinta dan Dua Muka selama empat bulan.
“Kami nekad, kalau nak buat biarlah buat betul-betul, kalau tidak dalam skrin tu penuh muka kita,”ujar mereka. Sementara itu, mereka berdua mengakui ada kalangan berdepan dengan perubahan perasaan di mana ada kalanya akan ‘moody’ namun terpaksa gagahi diri untuk meneruskan ‘journey’ diet. “Orang asyik tanya, bila dah kurus ni makan apa? Senang saja, jangan makan! Tapi ada masanya kami ‘moody’ sebabkan berlapar, sampai ada tempoh tu berminggu-minggu tak keluar rumah jumpa kawan-kawan. Mungkin sebab kami berdua kembar, nak buat aktiviti pun bersama. Bila berpakat tu, menjadilah.,”ujar mereka berdua lagi.
Disoal mengenai hasil kejayaan, mereka berdua memberitahu berjaya menurunkan berat badan sehingga 13 kilogram sepanjang mengamalkan diet tersebut termasuk melakukan senaman bersama di rumah. “Berat badan Hanim turun sebanyak 13 kilogram, manakala Aisha dalam 9 kilogram. Menariknya, sepanjang tempoh berdiet kami saling ingat mengingati antara satu sama lain. Itu yang menyuntik motivasi sebenarnya,”ujarnya. Dalam pada itu, pasangan kembar berusia 43 tahun itu sempat memberi nasihat bagi mereka yang mahu menurunkan berat badan iaitu dengan mengelakkan pengambilan gula dan garam dalam pemakanan.
“Sebenarnya apabila berat badan naik, akan timbul pelbagai kerisauan termasuk dengan masalah kesihatan seperti kadar kolestrol. Saya pun takut… jadi kenalah kawal,”tambah mereka. Sumber: OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.