Pasangan ni dikurniakan ank perempuan, terkejut rupanya keluarga suami tak pernah dikurniakan ank perempuan dah 138 tahun

Sepasang suami isteri di negeri Michigan, Amerika Syarikat memecahkan ‘tradisi’ susur galur keluarga apabila menyambut kelahiran bayi perempuan pertama selepas 138 tahun, lapor laman berita Indian Express kelmarin. Pasangan tersebut, Carolyn dan Andrew Clark dikurniakan cahaya mata perempuan pada 17 Mac lalu. Menurut Carolyn, dia terkejut apabila mendapat tahu bahawa keluarga suaminya tidak pernah dikurniakan anak perempuan dalam susur galur keluarga berkenaan sejak 1885.

Bercakap kepada program bual bicara Good Morning America, Carolyn berkata: “Saya bertanyakan ibu bapa Andrew untuk mengesahkan maklumat tersebut dan mereka menjawab bahawa keluarga itu tidak pernah mempunyai waris perempuan.” Tambah Carolyn, ketika dia dan Andrew berkahwin, mereka pada awalnya menyangka trend itu akan berterusan disebabkan anak sulung mereka ialah seorang lelaki. Namun pada 2022, ketika hamil sekali lagi, Carolyn diberitahu bahawa mereka akan menimang cahaya mata perempuan. Kini, pasangan itu gembira kerana berjaya memecahkan trend tersebut dengan kelahiran bayi mereka, Audrey Marie Clark.

Kredit Kosmo Online .PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version