Pelakon Raysha Rizrose memberitahu tidak merancang untuk memperlahankan karier lakonan walaupun sudah bergelar isteri kepada bekas pelumba kereta Formula 2, Nabil Jeffri. Menurutnya, dia mahu menyelesaikan tugas lakonan sebelum berehat bagi memberi tumpuan kepada perancangan untuk dapatkan cahaya mata. Perancangan untuk menimang cahaya mata memang ada. Tetapi, biarlah ia dimulakan selepas saya selesaikan dan habiskan kerja-kerja lakonan yang masih berbaki terlebih dahulu,” katanya. Raysha ditemui semasa majlis berbuka puasa Rizman Ruzaini di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Disoal mengenai rutin Ramadan pertama kali bersama suami, dia masih membiasakan diri dan lebih bertanggungjawab dalam menjaga rumah tangga. Sebagai isteri, tentunya di bulan Ramadan kena sediakan juadah bersahur untuk suami. Suasana itu baru bagi saya, sebab sebelum ini hidup bujang, jadi keadaannya sedikit berlainan. Saya masih membiasakan diri. Bulan Ramadan ini memberi ruang untuk bermuhasabah diri, mengingatkan bahawa tanggungjawab sudah bertambah. Selain itu, pelakon Bisik-Bisik Gelora ini turut memaklumkan bahawa dia dapat melihat lebih banyak sisi positif suaminya selepas berkahwin.
Dia sangat berbeza lepas kahwin walaupun dah kenal 10 tahun. Saya nampak dia lebih bertanggungjawab. Kalau ada masalah sikit-sikit, dia tak ada marah. Jaga solat semua. Alhamdulillah,” jelasnya. Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.