PELAKON Puteri Sarah Liyana tiba di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan sekitar pukul 9 pagi Selasa dalam keadaan ceria dalam persalinan jubah berwarna putih. Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, berkata, dia memilih pakaian berwarna putih sebagai tanda permulaan baharu dalam hidupnya jika suaminya, Syamsul Yusof melafazkan talak terhadapnya hari ini. Kata pelakon itu, tiada sebab mengapa dia perlu memakai pakaian berwarna hitam kerana ia melambangkan kemurungan manakala dia berasa gembira.
“Selalu orang pergi mahkamah pakai baju hitam, sangat depresi tetapi saya gembira. Ini baju baru. “Warna putih sebagai tanda permulaan hidup baru buat saya kalau Syamsul lafazkan talak,” katanya kepada pemberita. Puteri Sarah hadir ke mahkamah bagi sebutan kes tuntutan talak secara baik terhadap Syamsul dan kes hadanah melibatkan dua anak pasangan itu. Sementara itu, ditanya mengenai kes tersebut, Puteri Sarah berharap semua kemelut dapat diselesaikan dengan baik. “Saya berserah apa-apa sahaja yang berlaku hari ini.
“Harap tiada lagi pergdhn atau rasa tak puas hati. Saya nak selesaikan semua hari ini. Semoga dia tidak bertukar fikiran pula,” ujarnya. Pada 10 April lalu, Sarah dan Syamsul sama-sama hadir ke mahkamah bagi keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan mereka akhirnya sepakat untuk berpisah secara baik. Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.