Jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida melancarkan lagu raya terbaharu berjudul Muah Muah Raya. Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 52, berkata, lagu itu dilancarkan tanpa sebarang elemen kontroversi murahan sebaliknya mempertaruhkan kualiti semata-mata. Alhamdulillah, sambutan lagu ini di luar jangkaan dan penerimaan sangat positif. Insya Allah, lagu ini akan trending tidak lama lagi. Pertaruhan lagu ini bukan pada kontroversi murahan tapi pada kualiti,” katanya yang tidak ketinggalan melancarkan lagu raya sempena Syawal yang bakal tiba.
Saya lancar lagu ini berdasarkan kekuatan dan ‘share’ daripada orang ramai. Kalau nak harap kontroversi, ia boleh dapat dalam jangka pendek saja,” katanya. Lagu ciptaan Amy Ukays dan lirik oleh Vida sendiri menjadikan bunyi ‘muah muah’ ketika seseorang saling bersalaman sebagai judul pada lagu ini. Menariknya lagi, ia turut menampilkan Cik B dan Kacak (Anak-anak Vida) serta kanak-kanak lain bagi menyematkan elemen kekeluargaan dalam Muzik Video. Terdahulu, Vida pernah tampil bersama lagu raya berjudul Lavida Raya pada tahun 2018
Tambah Vida, dia memilih melancarkan lagu ini selepas Subuh, pada jam 6:30 pagi kerana beranggapan waktu malam tidak sesuai atas urusan solat tarawih dan malam ganjil bagi bulan Ramadan. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.