Walaupun sibuk mengusahakan perniagaan villa di Langkawi, Kedah, penyanyi, Black Hanifah, 36, tidak bercadang untuk memperlahankan karier nyanyian yang sudah menjadi periuk nasinya sejak dulu. Black yang juga juara program realiti Mentor musim ketiga berkata, karier nyanyiannya masih berjalan seperti biasa.
Alhamdulillah, saya percaya diri ini masih relevan dalam industri muzik tanah air. Saya juga masih banyak dapat tawaran menjayakan persembahan untuk acara korporat dan program untuk stesen TV tempatan.
Contohnya, saya juga masih dapat undangan menjayakan persembahan pada hujung minggu di beberapa pusat beli-belah pada Ramadan sehingga seminggu sebelum Aidilfitri,” katanya kepada Harian Metro.
Mengenai lagu baru pula, kata Black, dia baru saja melancarkan lagu berjudul Di Hujung Mimpi di semua platform digital pada 4 April lalu serta muzik video yang diarahkannya bersama Shaz.
Lagu ini adalah hasil gubahan dan liriknya oleh gabungan Hanis Rafi, Firdaus Rahmat dan Omar K. Muzik video lagu genre balada moden ini juga menjadi runut bunyi (OST) untuk slot drama Samarinda di TV3. Sebagai penyanyi, saya juga sangat berpuas hati dengan hasil muzik video ini kerana lagu dengan melodinya yang sedap untuk didengari,” katanya.
Ditanya mengenai pembedahan membuang ketulan atau gumpalan lemak di bawah perutnya pula, kata Black, ia berjalan lancar di pusat perubatan di sini, baru-baru ini. Saya mula menyedari ketulan di bawah perut kira-kira tiga bulan lalu. Ia tidak sakit tetapi benjolan itu ketara dan berasa tidak selesa. Saya juga putuskan untuk buat pembedahan selepas mendapat nasihat doktor.
Alhamdulillah, pembedahan kecil saja dan saya juga dibenarkan pulang ke rumah sebaik ia selesai,” katanya. Bercerita mengenai pembinaan Rindu D’Villa divLangkawi, Black berkata, ia adalah untuk jaminan masa depannya dan keluarga kelak. Punca pendapatan utama saya masih dalam bidang nyanyian. Saya bersyukur kerana masih menerima undangan persembahan dari pelbagai pihak sampai hari ini.
Namun, perniagaan villa ini pula sebagai pelaburan dan aset untuk jaminan masa depan saya dan anak-anak dalam tempoh jangka panjang,” katanya. Black berkata, villa yang dibina di Kampung Bukit Lembu, Kedawang itu dinamakan sempena nama anaknya.
Saya sibuk dengan urusan karier seni di Kuala Lumpur, justeru ada dua kakitangan yang menguruskan operasi villa itu di Langkawi. Ia mula dibuka sejak Mac lalu. Insya-Allah, saya akan membuka satu lagi Villa iaitu Dayyan D’Villa tidak lama lagi,”katanya.
Sempena Aidilfitri tahun ini, Black berkata, dia sekeluarga berada Langkawi selama seminggu. Ia juga pertama kali kami sekeluarga beraya di perantauan,” katanya. Black berkahwin dengan Naquia Yasirah Mohd Khairi atau Cira pada 13 September 2013. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak, Khaleef Dayyan, 8, dan Rindu Dayyan, 5.
Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.