Pelakon, Alya Iman mengejutkan ramai pengikutnya di platform media sosial selepas memuat naik hantaran memaparkan dia tidak lagi bertudung. Dalam hantaran sempena Aidilfitri itu, Alya yang juga anak kepada pelakon popular era 1980-an, Allahyarham Azmil Mustapha kelihatan anggun dengan gaya rambut berombak di samping pakaian raya.
Dalam satu video lain pula, pelakon drama Hidayah Ustaz Viral itu kelihatan gembira dan bahagia saat dirias oleh penata rias. Ruangan komen TikTok miliknya dipenuhi luahan kekecewaan peminat yang selama ini menjadikannya sebagai ikon wanita bertudung.
You broke my heart. I adore you as a hijabis. (Kamu kecewakan saya. Saya memandang tinggi kamu sebagai wanita bertudung),” tulis satu komen. Kenapa dia tiba-tiba tanggalkan tudung?” tanya satu netizen yang lain. Namun, ada juga yang meminta agar netizen mendoakan yang terbaik buat Alya.
Iman manusia naik dan turun. Tak boleh hukum dia. Doa yang baik-baik saja,” tulisnya. Di Instagram, ruangan komen dihadkan kepada rakan-rakan dan pengikutnya saja dan rata-rata, komen yang ditinggalkan adalah pujian kerana kejelitaan penampilan terbaharunya.
Sementara itu, cubaan Harian Metro menghubungi Alya bagi mendapatkan komennya tidak berjaya apabila dia tidak menjawab panggilan telefon. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.