Ibu kepada usahawan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri, Rozita Ibrahim memohon maaf susulan pelancaran lagu raya terbaharu anaknya berjudul Cak Cun Cak Raya yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Menerusi perkongsian di TikTok, Rozita mengaku anaknya itu tidak memiliki bakat nyanyian dan suara yang sedap jika dibandingkan dengan penyanyi sedia ada. Malah, memaklumkan mereka sekeluarga juga sudah lali dengan perangai Aliff. Saya rasa semua rakyat Malaysia sedia maklum setiap kali raya dia mesti sibuk buat lagu. Kami pun dah kebal dengan perangai dia.
Kebagusan dia adalah, dia memang tak berbakat pun! Suara dia memang tak sedap. Tapi kerana dia punya keyakinan tu dia dapat kat mana tak tahu… boleh mengalahkan artis yang betul-betul berbakat,” katanya. Dalam hantaran yang sama, Rozita turut memarahi anaknya itu sehinggakan Aliff sempat berseloroh mengatakan dia menerima terlalu banyak tawaran nyanyian sehingga terpaksa menolak. Tak ada siapa nak tengok show kau Aliff Syukri, orang bagi free pun taknak, monyet je nak tengok. Maafkan anak saya warganet, semoga Allah jaga Aliff, Ida dan anak-anak. Jangan ingat saya tak marah dia ya! Saya marah,” jelasnya.
Terdahulu, Aliff sekali lagi menjadi bualan hangat warganet selepas dia dan penari latarnya mengenakan baju Melayu yang ketat sehingga menampakkan sosok badan mereka. Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.