Bukan hal yang pelik apabila melihat Rozita Che Wan atau Che Ta dan seluruh keluarganya bergaya sakan di hari raya. Tak ubah seperti pertunjukan fesyen secara maya, Che Ta, suami, Zain Saidin, dua anak bujang, Ammar dan Aniq serta anak perempuannya, Aaisyah Dhia, menyarung busana dengan pelbagai rekaan daripada pereka tempatan dan meriah berwarna warni. Memulakan Syawal pertama dengan pakaian sedondon berwarna biru diikuti warna purple, kelabu dan merah, semua busana raya yang digayakan Che Ta dan keluarga menarik perhatian warganet.
Pada salah satu busana merah yang sarat dengan ropol, seorang warganet bertanya bagaimana pelakon cantik tersebut ingin mencedok rendang dengan pakaian sarat seperti itu. Namun jawapan yang diberikan oleh Che Ta memang padu dan sempoi. “Maid (pembantu rumah) kan ada,” jawabnya sambil tinggalkan emoji ketawa. Selain Che Ta, penampilan Aaisyah turut menarik perhatian kerana dilihat semakin cantik dan tak kalah bergaya seperti ibunya.
Sementara itu banyak warganet yang tinggalkan komen gaya raya Che Ta tidak ubah seperti ingin menghadiri majlis anugerah. Malah ramai yang mengatakan tidak sabar untuk melihat baju apa lagi yang akan dipakai oleh Che Ta sekeluarga pada hari-hari mendatang. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.