PELAWAK dan penyampai radio Namie tersentak apabila anak tirinya menyangka dia adalah bapa kandungnya meskipun sudah menganggap kanak-kanak itu sebagai drh dagingnya. Namie atau Najmi Shaharudin, 27, berkata, sebagai bapa tiri dia terharu dengan perkara itu namun tidak pernah sesekali cuba meluputkan ingatan anak tirinya terhadap bapa kandungnya. Disebabkan itu kata Najmi, dia membawa Iris Alisha menziarahi kubur bapa kandungnya yang sudah pergi menghadap illahi tiga tahun lalu.
“Kejadian Iris bercakap seorang diri ketika bermain, apabila dia sebut ‘Hai nama saya Iris Alisha Binti Najmi’… ketika itu juga saya tersentak sebab saya pun hampir terlupa yang dia tidak berbintikan saya. Jadi eloklah saya ingatkan Iris semula tentang arwah bapanya dengan menziarahi pusaranya,” katanya. Menjelaskan status sebenar isterinya, Izzatul Akma sebelum mereka berkahwin, Namie menjelaskan dia mengenali wanita itu sekitar tahun 2018 dan berstatus janda anak satu. Bekas suami Izzatul pula pergi menghadap illahi setahun sebelum mereka mendirikan rumah tangga iaitu pada Mei 2021.
Dalam pada itu, Namie menjelaskan kanak-kanak itu menyangka dia adalah bapa kandung mungkin disebabkan perpisahan yang berlaku di antara isteri dan bekas suaminya selain kematian lelaki itu ketika usianya masih kecil. Bagaimanapun jelasnya, dia tidak pernah menganggap Iris sebagai ‘orang asing’ sebaliknya ikhlas mengambil tanggungjawab menjaganya sejak kecil. “Bapa kandung Iris pergi menghadap illahi setahun sebelum kami berkahwin. Lagilah saya tersentak memikirkan nasib anak kecil ini. “Sebelum itu, Iris kurang mendapatkan kasih sayang dari seorang bapa akibat perpisahan. Selepas itu pula langsung tidak akan dapat kasih sayang disebabkan pemergian.
“Tetapi keputusan Allah itu penuh dengan hikmah. Lagi bertambahlah rasa tanggungjawab dalam diri saya ini untuk terus menjaganya,” jelasnya. Sementara itu, Namie menganggap berkahwin dengan wanita dengan status janda telah membuka pintu rezeki yang lebih luas buatnya. “Kalau nak rezeki datang melimpah ruah, nikahilah janda dan berbaktilah pada anak yatim,” jelasnya. Untuk rekod, hasil perkahwinan Namie dan Izzatul, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Ivy Alisa.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.