Pengarah sensasi, Syamsul Yusof, menyatakan dia mendapat kerjasama yang baik daripada isteri pertama, Puteri Sarah Liyana, untuk bertemu dengan anak-anak. Ketika ditemu, Syamsul berkata dia tetap menjalankan tanggungjawab sebagai bapa terhadap dua permata hatinya. “Saya ada jumpa dengan anak-anak. Puteri Sarah memberi kerjasama yang baik. Walaupun Puteri Sarah ada memfailkan permohonan hadanah tentang hak penjagaan anak-anak, bagi pihak saya, Puteri Sarah tidak perlu risau. Walaupun, selama ini kami ada masalah tetapi kami kekal profesional mengenai hak jagaan.
Syamsul berkata demikian sejurus usai prosiding pertama kes tuntutan nusyuz terhadap Puteri Sarah yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syarie Gombak Timur, Kuala Lumpur, pada pagi Khamis. Tambah aktor berumur 39 tahun, dia melihat ujian yang melanda diri sebagai satu reflek untuk memperbaiki diri. “Apa yang jadi dalam kehidupan ini saya reflek balik untuk muhasabah diri. Kita tak tahu mungkin kita rasa apa yang terbaik untuk kita, tetapi Allah Maha Mengetahui. Hanya mampu bersangka baik. Selain itu, pemilik nama Mohd Syamsul Mohd Yusof diajukan soalan sama ada sudah berbuka puasa dengan ibu bapa, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail.
Bagaimanapun, bapa kepada dua cahaya mata ini, enggan mengulas lanjut. “Tiada komen. Saya tak nak komen. Bagi saya, hal berkaitan keluarga tidak perlu dikongsi. Begitu juga bila saya jumpa anak-anak, tak perlu setiap kali saya jumpa anak dikongsi dalam media sosial. Saya sudah banyak kali berjumpa anak-anak, tetapi saya tak kongsi. Begitu juga isu ini, mungkin akan melukakan hati isteri. Biarlah saya dan keluarga sahaja tahu.” Dalam pada itu, Syamsul juga enggan memberitahu sama ada dia akan menyambut sambutan Aidilfitri bersama anak-anak. “Mengenai menyambut Aidilfitri, tak perlu saya beritahu.” Terdahulu, Syamsul kelihatan ceria dah tenang ketika tiba di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, kira-kira jam 9.10 pagi.
Syamsul yang memfailkan permohonan nusyuz pada 21 Mac lalu di mahkamah. Mahkamah Rendah Syariah menetapkan tarikh baharu pada 8 Mei depan berikutan Puteri Sarah tidak hadir atas tuntutan kerja di luar negara. Konflik rumah tangga pasangan itu mula diperkatakan sejak tahun 2020, tetapi Syamsul tidak pernah membuka mulut mengenainya. Bagaimanapun pada Januari lalu, Syamsul akhirnya mengaku sudah bernikah dengan orang ketiga yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangganya bersama Sarah iaitu Ira Kazar. Susulan pendedahan tersebut, topik mengenai kemelut rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul serta kehadiran Ira Kazar menjadi topik hangat dalam kalangan warganet.
Untuk info, Puteri Sarah dan Syamsul telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikul Islam dan Sumayyah. Mahkamah Rendah Syariah, di sini menetapkan tarikh baharu pada 8 Mei depan berikutan Puteri Sarah tidak hadir atas tuntutan kerja di luar negara. Syamsul memfailkan permohonan nusyuz pada 21 Mac lalu di mahkamah, di sini. Sementara itu, Puteri Sarah tidak hadir dan hanya mewakilkan peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kadir. Sumber: Ohbulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.