Ruang yang ada tidak disia-siakan seorang ibu yang kreatif dengan memelihara ikan koi dalam longkang di belakang rumahnya. Hobi Nur Wahida Baharuddin, 30, itu mendapat perhatian selepas dia memuat naik video ikan peliharaannya ditempatkan dalam longkang yang airnya jernih, bukan akuarium seperti kebiasaannya. Nur Wahida yang menetap di Taman Kiara, di sini berkata, dia tiada pengalaman memelihara ikan sebelum ini. Bagaimanapun, kreativiti sebuah sekolah di Sarawak memelihara ikan di longkang hingga tular di TikTok mendorongnya untuk mencuba sesuatu yang baharu. Klik sini untuk lihat video.
Saya mula pelihara ikan koi sejak dua bulan lalu dan tergerak untuk mencuba kerana kebetulan, ada longkang kosong di rumah. Tak susah pun kerana suami (Mohd Syawal Md Zain, 30) minat ikan jadi dia banyak bantu dan selebihnya, saya belajar daripada perkongsian tip di TikTok. Setakat ini, saya sudah pelihara 11 ekor ikan koi dan Alhamdulillah, belum ada yang mti,” katanya ketika dihubungi. Berkongsi cara penjagaan, Nur Wahida berkata, memandangkan ikan itu dipelihara di longkang jadi aspek kebersihan dan yang berkaitan perlu diberi perhatian. Kebiasaannya, saya cuci longkang seminggu sekali, kalau berlumut cuci dua ke tiga kali seminggu.
Jika hujan, esoknya saya cuci. Saya akan pindahkan ikan ke bekas lain, tukar air, cuci batu dan masukkan anti klorin sebelum letak semula ikan dalam longkang. Sekiranya hujan lebat atau panas, saya letak penutup longkang dan pokok kiambang. Perlu juga ada lubang supaya air tidak melimpah hingga ikan terkeluar,” katanya. Sebagai suri rumah dan ibu bayi berusia lima bulan, Nur Wahida berkata, dia menganggap hobi itu satu terapi buat dirinya.
Lagipun, selain urusan suami dan anak, saya juga ada jalankan perniagaan kek dan biskut. Jadi, agak letih dan tertekan jadi ikan peliharaan itu bantu kurangkan tekanan selain jadi terapi buat saya. Bila tengok ikan itu , ada kalanya saya boleh lupa masalah lain. Cuma bila kongsi video di TikTok, tak semua orang suka kerana ada juga kata negatif mengatakan saya seksa haiwan. Hakikatnya, saya sudah rujuk dengan yang arif sebelum pelihara ikan di longkang dan kongsi TikTok pun untuk menghargai usaha suami membantu saya,” katanya.
Selagi terdaya, Nur Wahida berkata, dia akan terus memelihara dan menjaga ikan koi peliharaannya. Buat masa ini, tiada perancangan lain cuma selagi tak nampak masalah seperti ikan mati berterusan, saya akan terus pelihara,” katanya. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.