Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan keluarganya terselamat daripada ‘tetamu tidak diundang’ ketika beriadah di pantai, baru-baru ini. Menerusi perkongsian di laman Story Instagramnya semalam, Tunku Ismail yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) berkongsi cerita yang dilaluinya ketika sedang beriadah. Katanya, sejam selepas mandi di pantai bersama keluarga, kelihatan seekor buaya berenang di lokasi sama Tunku Ismail mandi sebelum itu. Nak ‘share’ cerita sikit. Saya pergi ‘swimming’ depan rumah. 1 jam kemudian ada sahabat (buaya) lalu,” tulisnya sambil berkongsi gambar buaya itu.
Malah, Tunku Ismail turut berkongsi selepas beberapa hari ‘terserempak’ dengan buaya, datang pula haiwan lain seperti memerang dan burung di kawasan rumah. Beberapa hari lepas buaya. Hari ini (semalam) memerang pula datang melawat. Petang tadi burung masuk rumah. Macam-macam haiwan datang melawat saya,” katanya sambil meletakkan emoji termenung memikirkan sebab kehadiran tetamu tidak diundang itu. Dalam ciapan itu, Tunku Ismail turut berkongsi gambar bersama Tunku Khalsom Aminah Sofiah, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim dan Tunku Abu Bakar Ibrahim di laut, selain satu video berdurasi 26 saat memaparkan seekor buaya di laut. Difahamkan, lokasi kejadian adalah di hadapan Istana Flinstone dekat Mersing.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor, Aminuddin Jamin, berkata pihaknya akan menyiasat lebih lanjut berhubung penemuan yang dimaksudkan. Buaya biasanya akan bergerak dari suatu muara sungai dan masuk ke muara sungai lain melalui pesisir pantai. Kami akan siasat lebih lanjut berkaitan penemuan berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Kredit Berita Harian. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.