Tak pernah gantikan pakaian selama 5 tahun, terkejut bila Kareena Kapoor dedah sikap sebenar suami dia

PELAKON Kareena Kapoor mendedahkan suaminya yang juga merupakan aktor Saif Ali Khan suka memakai baju yang telah berlubang ketika berada di rumah. Memetik laporan The Indian Express, Saif, 52, sememangnya suka mengenakan pakaian yang sama malah tidak pernah menggantikan pakaian selama lima tahun. “Saif seorang yang baik hati, dia telah memakai sepasang seluar sama sejak lima tahun lalu. Dia tidak akan membeli baru sehingga saya tidak memberitahunya,” katanya.

Tidak hanya itu, Saif juga memiliki baju yang sudah berlubang dan dia tidak sedar tentang perkara itu kerana terlalu selesa memakainya. “Saya pernah menegurnya kerana bajunya berlubang dan dia berkata tidak mengapa kerana menganggapnya sebagai satu gaya,” kongsinya. Tambah Kareena, tiada siapa yang boleh mengubah penampilannya termasuk pereka gayanya kerana terlalu selesa dengan fesyennya sendiri. “Tiada siapa yang boleh mengubah dia berpenampilan, dia sentiasa akan memakai secara bertentangan dengan yang dicadangkan pereka gayanya.

“Tapi pemilihan gayanya sentiasa mengenakan penampilannya sentiasa kena termasuk dalam memilih reka bentuk dalaman rumah mereka. Saya tak rasa sesiapa boleh menjadi Saif,” ujarnya. Untuk rekod, Saif dan Kareena telah mendirikan rumah tangga sejak 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version