Beritahu dia, tak perlu masuk campur.” Demikian reaksi pelakon, Datuk Aaron Aziz kepada ciapan pelakon, Sharnaaz Ahmad yang memberi komen mengenai sikap profesional sebagai pelakon dan sokongan penuhnya kepada pengarah, Syamsul Yusof. Aaron ketika ditemui di majlis pelancaran rasmi dan jualan promosi pembukaan Jakel Shah Alam menegaskan supaya individu yang tidak terbabit dengan produksi filem The Original Gangster tidak masuk campur dan berikan sebarang kenyataan. Kepada pelakon atau individu yang tak terlibat dalam produksi, kamu jangan masuk campur atau beri apa-apa kenyataan,” katanya.
Aaron bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana menghormati permintaan isterinya, Datin Diyana Halik. Isteri saya minta supaya saya tak berikan apa-apa kenyataan lagi. Mungkin isteri saya tahu, perangai saya bagaimana,” katanya. Ditanya bagaimana solusi terbaik untuk menyelesaikan kemelut antaranya dengan Syamsul, Aaron meminta pengarah dan pelakon itu meminta maaf daripada ibu bapanya. Tak ada sebarang konfrontasi. Saya cakap secara umum, minta maaf kepada mak dan ayah (Datin Patimah Ismail dan Datuk Yusof Haslam) dulu,” katanya.
Terdahulu, Sharnaaz memuat naik ciapan balas kepada pertanyaan cadangan warganet, yang menyarankan agar dia dan pelakon Beto Kusyairy menarik diri daripada filem The Original Gangster itu. Tidak. Kami profesional. Kami tak tinggalkan kerja separuh jalan. Hal peribadi adalah hal peribadi. Sebagai pengarah, kamu dapat sokongan penuh dan rasa hormat dari saya, Syamsul. Tanpa ragu. Yang tahu saja tahu. Makin banyak bercakap, takut terselak kain sendiri, kanda. Ingat itu. Ketika itu juga, Sharnaaz memuat naik tangkap layar ciapannya dan memuat naik kenyataan berbaur sindiran kepada kemelut Aaron – Syamsul, di Instagram Story.
Hormatilah Ramadan. Tak perlu brblah. Stan pun cuti. Jadi, siapa yang setan sebenarnya?” tulisnya. Terbaharu, Aaron kini sedang menjalani penggambaran filem berjudul Syerif, arahan pengarah Syafiq Yusof. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.