Saya pernah terfikir hendak pergi balik hari dari UK (United Kingdom) ke Malaysia, tetapi saya tidaklah berbuat demikian,” kata pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona, 24, mengenai tindakannya sanggup kerap pulang ke tanah air kerana sukar membiasakan diri dengan kehidupan di luar negara. Difahamkan, sejak tinggalkan tanah air untuk melanjutkan pelajaran ke UK pada September 2022, Leona sudah beberapa kali balik ke sini. Leona yang juga anak pelakon popular, Azhar Sulaiman berkata, dia bukan tidak bersyukur dan tidak menyalahkan mana-mana pihak yang melihatnya sebagai anak manja kerana sikap dan imejnya itu.
Leona berkata, dia menggunakan wang saku hasil pendapatannya sebagai pempengaruh media sosial untuk menampung kos dia pulang ke tanah air. Saya bersyukur dikurniakan rezeki dan terima kasih buat pihak pengurusan saya yang merencana kerjaya saya sebaik mungkin. Mereka berusaha keras untuk mencari peluang pekerjaan dari aspek media sosial dan sebagainya. Mungkin ada segelintir pihak yang salah sangka yang saya mengambil wang saku daripada keluarga, namun hakikatnya saya sudah bekerja sejak habis sekolah lagi. Malah, semasa di UK pun kebanyakannya saya menggunakan wang saya. Namun, saya tidak dinafikan yuran dibayar oleh ibu bapa saya. Sementara itu, Leona menjelaskan statusnya masih lagi solo kerana ibunya tidak membenarkan dia bercinta buat masa sekarang.
Biarpun menyambung pelajaran di luar negara, Leona menjelaskan tidak tertarik dengan lelaki ‘mat salih’ untuk dijadikan kekasih dan lebih meminati lelaki Asia. Tidak sama sekali kerana saya tidak meminati jejaka berbangsa ‘mat salih’. Saya hanya keluar dan mengenali lelaki Asia, jadi tidak terkejut jika saya katakan di UK saya hanya keluar dengan lelaki Asia. Saya terbuka untuk mengenali ‘mat salih’ namun beberapa sebab yang membuatkan saya lebih cenderung menjadikan lelaki Asia sebagai kekasih. Ada banyak sebab. Antaranya lelaki Asia lebih berbudi bahawa, bersopan santun dan baik. Untuk mencari teman lelaki, saya tidak memandang rupa mereka. Asalkan mereka baik dan tahu melayan saya sepatutnya, itu sudah memadai,” katanya.
Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.