Menteri Besar Selangor, Tuan Amirudin Bin Shari mengakui bahawa dirinya tersentuh melihat beberapa video tular memaparkan seorang pakcik yang berhempas pulas mencari rezeki demi kelangsungan hidup. Menerusi hantaran video yang dimuat naik di TikTok, Amirudin tersentuh hati apabila mendapat tahu bahawa pak cik itu merupakan seorang warga emas yang lahir dan menetap di Selangor. Meskipun usia sudah lanjut dan mempunyai keadaan fizikal yang bongkok, pak cik itu tetap gigih bekerja.
“Saya berasa sangat tersentuh apabila ada seorang pak cik yang lahir di negeri Selangor, membesar di negeri Selangor dan sememangnya orang Selangor yang dirakamkan telah berusia 68 tahun dan masih lagi bekerja.” Menerusi video itu lagi, Amirudin menyatakan hasrat dan niatnya untuk menaja warga emas berkenaan untuk menunaikan ibadah umrah di Makkah. “Pak cik berkenaan berhasrat dan bercita-cita untuk menunaikan umrah di Makkah. Justeru, saya selaku Menteri Besar Negeri Selangor, ingin menaja pak cik pergi ke Makkah apabila saya pulang pada 21 April nanti. Insya Allah saya akan datang ke sana untuk pastikan untuk penuhi hajat pak cik yang belum dapat dipenuhi.
Komen Warganet:
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet menyambut baik hasrat yang ingin dilakukan Menteri Besar Selangor itu serta mendoakan segala urusan dipermudah. Terdahulu, video memaparkan seorang warga emas yang mencari rezeki sebagai seorang penghantar makanan meskipun berada dalam keadaan bongkok menjadi tular dan mendapat perhatian warganet. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.