Syamsul Yusof batalkan hasrat untuk lepaskan Puteri Sarah, rupanya ini punca yang buatkan dia tak nak lafaz talak

PENGARAH Syamsul Yusof membuat kejutan apabila membatalkan hasrat untuk melafazkan talak terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Selasa. Syamsul atau Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, sepatutnya melafazkan talak secara baik mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. Berikutan tiada lafaz talak daripada Syamsul, prosiding dijangka akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di hadapan Hakim Syarie, Akmaluddin Ilyas.

Pasangan itu sepatutnya dijangka berpisahsecara baik selepas kedua-dua mereka bersedia untuk berpisah dengan terma-terma penyelesaian yang dipersetujui seperti nafkah anak, mutaah, nusyuz dan harta sepencarian. Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, ketika keluar daripada dewan mahkamah dilihat berang selain matanya bengkak dipercayai menangis.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version