Muat naik video tengah mandi hujan dengan isteri, ramai yang mendoakan Izzue Islam dan isteri dikurniakan zuriat

Pengacara Izzue Islam dan isteri, Awin Nurin sering kali dikaitkan dengan isu anak-anak. Namun begitu, pasangan itu tidak menjadikan hal tersebut sebagai satu halangan untuk bahagia dalam berumah tangga. Menerusi video di TikTok, bekas anggota kumpulan Forteen itu memuat naik videonya bersama isteri tercinta yang dilihat sedang berbasahan mandi hujan. Difahamkan, hal tersebut terjadi ketika Syawal yang pertama. “Kejadian raya pertama. Hujan. Aku tengok Awin dan Awin tengok aku. Pastu terus lari main hujan. Klik sini untuk lihat video.

Tak payah cakap atau ajak, masing-masing faham dan masing-masing memang dah lama rindu nak mandi hujan. Namun begitu, perkongsiannya itu meraih perhatian warganet dengan kemesraan yang ditonjolkan walaupun belum dikurniakan zuriat. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan pasangan tersebut untuk kekal bahagia selamanya. Selain itu, terdapat juga komen yang kagum melihat pasangan tersebut yang tetap dilihat bahagia walaupun belum memiliki zuriat.

Komen Warganet:

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version