Mona Allen kongsikan detik cemas bila abaya termasuk dalam escalator, nasib baik pembantu rumah sempat tarik baju tu

Pelakon, Mona Allen mendedahkan detik cemas yang dilaluinya sehingga separuh bgl ketika berada di sebuah pusat membeli belah. Menerusi beberapa hantaran di Instagram Stories (IGs), isteri kepada pelakon Pekin Ibrahim itu menceritakan kejadian sebenar yang berlaku atas dirinya. Menurut Mona, kain abaya yang dipakainya tersangkut ketika sedang menaiki escalator sambil mendukung anak sulungnya, Petra namun sempat diselamatkan oleh orang gajinya yang menarik sekuat hati kain tersebut. Mona bagaimanapun meluahkan rasa syukur aibnya terhindar dan dilindungi kerana tergerak hati untuk memakai kain dalam ataupun inner wanita.

Lupa nak bagi tahu. Ramai DM (direct message) tanya apa yang berlaku hari itu. Ok ini ceritanya.. Pada masa tu, saya pakai abaya dan tengah dukung Petra naik escalator. Lepastu tiba-tiba kain abaya tersangkut! Nasib baik tak jatuh ke bawah dengan Petra sebab orang gaji saya sempat tarik abaya saya sekuat hati dia. But guess what?! Masa tu kami berada di pusat membeli belah dan sudah tentu ramai orang. Sampai je dekat atas tu, dah selamat semua. Alhamdulillah. Baru perasan, abaya saya dan hijab semua tertarik/terbukak! Maksudnya, saya separuh bgl! Tapi mujur.. Hari itu Allah tergerakkan hati untuk pakai inner. Allah nak tutup aib saya. Masya-Allah.

Jelas Mona lagi, tiada kelukaan yang berlaku namun dia mengakui kejadian tersebut membuatkan dirinya trauma untuk naik escalator lagi selepas ini. Pengajarannya, buat semua wanita tolong berhati-hati masa pakai kain labuh-labuh naik escalator. Saya dan Petra sangat beruntung masa tu. Tiada kecederaan kecuali jubah abaya saya koyak rabak. Oh and ramai yang tengok kejadian itu tapi saya sempat la cover diri sendiri dengan abaya yang rabak tu.. Sebab dekat mall kan. Orang pun tak sempat nak tolong sebab perkara tu jadi terlalu pantas. Bahaya sangat! Alhamdulillah kami selamat. Saya rasa masih fobia nak naik escalator. Rasanya lama lagi la nak jejak kaki kat escalator,” tulisnya.

Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version