Pereka fesyen duo popular Rizman Ruzaini tampil menjawab sindiran warganet berhubung harga baju Melayu keluaran mereka yang mencecah RM1,499. Faktanya, Baju Melayu cekak musang yang menjadikan penyanyi Hael Husaini sebagai model itu bagaimanapun telah habis dijual dalam tempoh kurang daripada dua minggu.
Kata Rizman dan Ruzaini, biarpun dikrtitik di media sosial, baju Melayu dengan julat harga premium itu punyai peminat dan pasaran tersendiri. “Apabila bercakap tentang baju mahal ini pastinya ada pasaran cuma rakyat Malaysia perlu tahu di mana segmentasi mereka. “Seperti Rizman Ruzaini sendiri, kita ada banyak range. Ada Rizman Ruzaini yang memang harga mahal dan ada RR by Rizman Ruzaini yang ‘sesedap rasa’. “Jadi mereka boleh pilih di mana mereka nak beli baju. Tak ada isu mahal pun sebab memang ada market dan pembeli. Setiap tahun pun baju Melayu yang sold out paling awal.
“Akan tetapi, rangkaian pakaian ‘luxe’ ni tak dikeluarkan banyak kerana bersifat eksklusif. Pembeli baju beribu-ribu ringgit ini pastinya tak nak sama dengan orang lain, jadi kita buat dalam kuantiti sedikit sekitar 500 ke 1,000 pasang sahaja. “Manakala RR by Rizman Ruzaini pula ada 70,000 helai untuk dipilih oleh pembeli dengan harga yang lebih rendah,” ujar Rizman Nordin kepada Gempak. Rizman dan Ruzaini ditemui ketika pelancaran pop up store Rizman Ruzaini di Central i-City, Shah Alam pada Sabtu. Pop up store terbabit akan beroperasi selama sebulan hingga pertengahan sambutan Aidilfitri nanti. Terdahulu, warganet di laman Twitter tampil membincangkan harga baju Melayu keluaran Rizman Ruzaini itu yang dijual dengan harga tidak masuk akal namun telah habis dijual dengan pantas.
“Baju Melayu kalis dosa barangkali mahal sangat macam tu. “Jujurnya, harga tak masuk akal. Saya tak faham kenapa orang beli baju Melayu mahal sangat sebab rekaannya masih sama. Baju kurung tu fahamlah ada macam-macam gaya. “Harga dia macam gaji setengah bulan rakyat marhaen!” demikian antara komen yang ditulis warganet. Sementara itu, ulas Wan Ruzaini lanjut, peminat jenama Rizman Ruzaini terdiri daripada lapisan yang berbeza-beza dan membeli busana mereka dengan tujuan yang pelbagai.
“Peminat Rizman Ruzaini ni ada banyak layer, ada T40, M40 dan B40. Jadi baju-baju sedemikian ada peminat yang berbeza-beza. “Mungkin ada pembeli yang membeli baju-baju dalam range harga yang lebih mahal untuk tujuan menghadiri majlis, buat hantaran kahwin dan sebagainya,” tambahnya. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.