Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri mendedahkan ada menerima beberapa mesej yang mendakwa ternampak kelibat suaminya bersama wanita yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga mereka iaitu Athirah Yuhada. Shuhada memberitahu bahawa perkongsian tersebut akan disiasat untuk dijadikan sebagai bukti atau bahan sokongan terhadap tindakan undang-undang yang bakal diambil terhadap mereka. “Maaf saya tidak boleh bercakap banyak mengenai isu ini. Cuma tidak dinafikan saya ada menerima beberapa mesej di Instagram bahawa terlihat kelibat mereka di bazar Ramadan yang membuktikan mereka masih berhubung.”
Shuhada juga mengesahkan peguam yang mewakili Athirah ada menghantar surat tuntutan ftnah kepadanya sebelum ini. “Selain dari peguam saya telah membalas kepada surat tersebut. Kami juga akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap mereka. Sebagai info, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6; dan Umar, 3. Namun selepas tujuh tahun bersama, rumah tangga pasangan ini bergolak selepas menerima kehadiran orang ketiga. Sumber: Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.