Nora Danish dan Fasha Sandha lupakan sengketa lama, ramai yang mendoakan bila tengok mereka dah berbaik

Kehadiran serentak Nora Danish dan Fasha Sandha untuk bersama-sama berbuka puasa dengan bekas keluarga mentua iaitu Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah baru-baru ini menerima pujian peminat. Menerusi foto yang dimuat naik oleh Fasha menerusi Instagramnya, kedua-dua mereka yang tampil sedondon dengan pakaian berwarna merah nampak ceria bersama Raja Noora Ashikin. Fasha juga sempat berterima kasih kerana sudi meraikan hari jadi anaknya hasil perkahwinan bersama Jejai iaitu Putra Fayfal yang ke-10 tahun. Paparan ini sekali gus menceriakan peminat kerana mereka benar-benar mengotakan janji dan berdamai demi kebaikan bersama terutama anak-anak mereka yang mempunyai ikatan darah sebapa.

Terdahulu, episod perdamaian antara Fasha dan Nora pada 2018 berjaya menyatukan semula hubungan mereka. Difahamkan perselisihan faham antara mereka berlarutan sejak sekian lama tetapi kemuncaknya apabila Fasha mendakwa dihalang penganjur menghadiri pertunjukan fesyen Aidilfitri pada 12 Mei 2017 kononnya atas arahan Nora. Menerusi ruangan komen, peminat berkongsi rasa gembira dan terharu kerana kedua-dua mereka mengetepikan sengketa lama. Alhamdulillah…tumpang rasa bahagia melihat keluarga ini. Pernah berpisah, bergaduh tapi masa mengubah semua. Syukur,” tulis warganet.

Komen Warganet:

Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version