Umum sedia maklum mengenai konflik rumah tangga yang dialami oleh influencer, Shermine Ah Moi bersama bekas suaminya, View Chin sehingga menjadi bualan hangat ramai di media sosial. Mana tidaknya, Ah Moi telah membongkar satu persatu bukti sikap tak setia bekas suaminya bersama seorang staf wanita yang dikenali sebagai Mira dengan memaparkan tangkap layar mesej ternyata mengejutkan warganet. Bukan itu sahaja, Ah Moi mendedahkan dia sudah berpisah dengan View Chin sejak tahun lalu namun, disebabkan mahu menjaga reputasi syarikat, dia terpaksa berlakon menjadi isteri usahawan tersebut di mata khalayak ramai.
Bagaimanpun, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Ah Moi di laman Instagram, dia memberitahu akan memulakan kerjaya dimana akan bekerjasama dengan sebuah syarikat produk kecantikan. “Mulakan kerjaya, bakal menjadi duta pertama,” ujarnya di ruangan kapsyen. “Kolaborasi yang pertama dengan jenama Afyaa, sebelum ini dah minum produk jenama ini, sekarang bekerjasama lagi seronok. Terima kasih pilih Ah Moi, akan semakin kuat selepas ini,” katanya lagi. Terdahulu, Mira telah mengeluarkan kenyataan yang mengejutkan dimana dia memaklumkan hubungannya bersama View Chin mula berputik selepas Ah Moi berpisah dengan suaminya.
Tegasnya, dia tidak mempunyai sebarang kaitan mengenai perpisahan yang berlaku dan bukan seperti mana yang didakwa oleh orang ramai sebelum ini. Sumber: OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.