SEBUT saja bazar Ramadan, pasti suasana meriah dengan pelbagai jenis juadah yang dijual terlintas di fikiran. Seperti biasa, antara menu yang menjadi tumpuan semestinya roti john, murtabak, ayam golek serta ayam percik.Terbaharu, ayam percik yang dijual oleh salah seorang peniaga di bazar Ramadan di Pulau Pinang menjadi tumpuan ramai. Pada mulanya, video itu dimuat naik oleh sebuah akaun di Instagram adalah untuk mempromosikan makanan tersebut.
Namun, lain pula diperhatikan oleh warganet yang mempertikaikan cara penyediaan ayam percik yang nampak sedap itu. Jika diteliti pada ruangan komen, warganet terkejut melihat peralatan yang digunakan untuk memasak makanan berkenaan. Sebagaimana dipaparkan dalam video, dapat dilihat peniaga menggunakan sebuah tong besar berwarna hitam untuk mengisi sos perapan ayam percik. Kebiasaannya, tong tersebut digunakan untuk mengisi sampah sarap. “Kembang tekak nak beli (ayam percik) pakai (celup dalam) tong sampah, pakailah tong lain. Dah terbiasa tong macam tu untuk letak sampah. Ya, tahu tong tu baharu.
“Bekas kuah yang dalam tong tu bukan untuk makanan sebab dia bukan food safety. Bahan kimia daripada tong tu masuk dalam makanan bila panas-panas kuah tu. “Aduh pakailah tong yang sesuai untuk makanan. Siapa beli memang hati kering sungguh. Kalau aku, bagi free (percuma) pun tak nak,” kata warganet. Selain penggunaan alatan yang didakwa tidak sesuai, warganet turut mengkritik peniaga apabila meletakkan tong berkenaan di atas jalan tanpa alas pada bahagian bawah tong.
Menurut warganet, cara pengendalian makanan oleh peniaga tersebut tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan. “Ni kalau ikut food safety gagal ni. Benda makanan tak boleh letak atas lantai. Harus tiga kaki dari paras lantai. Letaklah atas meja ke. Cross contamination! “Maaflah… kenapa (guna) tong sampah ya? Takkan sebab murah. Tong sampah kualiti rendah dan kita pun tahu untuk letak sampah. Jadi jagalah perniagaan anda.
“Semoga peniaga ni dapat baca komen dan teguran dengan hati yang terbuka. Food safety sangat penting,” ujar warganet di ruangan komen. Sebagai peniaga makanan, kebersihan dan kejujuran dalam berniaga merupakan perkara perlu dititik beratkan apatah lagi dalam mencari keberkatan berniaga di bulan puasa. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.