Ditawarkan Rm200 je untuk telefilem, Wan Maimunah luah rasa kecewa dengan syarikat produksi

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon veteran berbakat besar, Wan Maimunah, yang terkenal dengan watak air mata? Namun, pelakon berusia 65 tahun itu meluahkan rasa sedih dan kecewa dengan sebilangan besar syarikat produksi yang sering mendiskriminasi pelakon-pelakon lama dengan memberikan bayaran terlalu ren­dah. Beliau mendedahkan hanya ditawarkan bayaran sebanyak RM200 untuk menjayakan sebuah telefilem pada bulan lalu, lapor Harian Metro.

Luahnya, isu bayaran rendah kepada pelakon veteran sebenarnya sering diluahkan pelakon lain dan sudah lama, namun sehingga sekarang masih belum ada jalan penyelesaian yang dicapai. “Saya tidak merajuk dan masih sayangkan karier lakonan ini kerana sudah sebati dengan diri. Tapi, bila fikirkan bayaran tidak setimpal dan amat rendah, lebih baiklah saya duduk di rumah dan berehat. Rezeki Allah itu luas dan ada di mana-mana. “Cuma, rasa sedih itu membuat hati saya sebak mengenangkan RM200 saja ditawarkan untuk berlakon sebuah telefilem. Jumlah babak mesti banyak dan sudah tentu memenatkan. Tapi, tak apalah memang bukan rezeki saya,” katanya.

Walaupun ramai menggelarnya pelakon Gred A, Wan Maimunah mengatakan hanya dia dan pihak produksi yang tahu jumlah bayarannya. Ujarnya, disebabkan diskriminasi bayaran dilalui itu, dia lebih sanggup menerima tawaran daripada syarikat produksi baharu untuk berlakon filem pendek kerana bayaran ditawarkan jauh lebih baik berbanding bekerjasama dengan syarikat produksi lama. “Kadang-kadang syarikat produksi lama ini bagi alasan stesen televisyen pilih pelakon dan kononnya penonton tak nak tonton lagi artis-artis lama. Sudahlah, saya cukup penat dengan isu ini,” luahnya lagi.

Sementara itu, beliau juga memberitahu hanya akan mengambil tawaran berlakon dengan pengarah yang paling dipercayai seperti Rashid Sibir dan mereka yang tidak pernah menimbulkan sebarang masalah sepanjang bekerjasama. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version