Tular cerita pasal Ameera Khan ada hubungan dengan aktor Indonesia, sekali ini pula pendapat Neelofa

Usahawan dan selebriti popular, Neelofa bersikap terbuka jika adiknya Ameera Khan bertemu jodoh dengan lelaki yang bukan berasal dari Malaysia. Menurut laporan, ia susulan spekulasi bahawa adiknya yang berusia 23 tahun itu didakwa menjalin hubungan cinta bersama aktor dari Indonesia iaitu Jefri Nichol. “Saya mana-mana pun ok. Asalkan sesuai dan baik… serta boleh membimbing dia. Saya ada cakap dengan suami, Ameera ni budak baik. Kalau dapat orang yang betul, yang boleh bantu dan guide dia, dia memang boleh menjadi seorang isteri yang baik,” katanya.

Bagaimanapun, bekas pengacara MeleTOP itu memaklumkan, dia tidak mengetahui tentang identiti aktor tersebut yang kerap ‘diseru’ dalam kalangan warganet Indonesia. “Tak aware (mengenai spekulasi hubungan Ameera dan Jefri). Tapi saya tahu banyak warga Indonesia tinggalkan komen di Instagram Ameera. Itu pun Ameera sendiri yang kongsi dengan saya. “Cuma identiti individu yang dimaksudkan saya tidak pasti,” ujarnya. Sementara itu, dia turut mengulas berhubung tindakan Ameera yang memuat naik gambar pakaian dalam di media sosial sehingga menerima kritikan hebat baru-baru ini.

Neelofa menjelaskan, adiknya yang juga personaliti media sosial itu boleh menerima nasihat terutama daripada dirinya serta seorang lagi adik-beradik mereka, Aqief. “Kalau dalam kalangan adik-beradik, dia akan selalu dengar cakap saya dan Aqief. Saya pun tahu hal tersebut (gambar cli merah) daripada media sosial. Kami memang ada family group, cuma jarang berjumpa lebih-lebih lagi sudah tinggal berasingan. Jadi, kami ada plan nak jumpa dia esok (hari ni). Sebab dia pun baru saja pulang dari luar negara,” jelasnya.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version