PELAKON Lufya Omar mendedahkan anak tunggalnya iaitu Laana Haura sudah mula bertanya soalan yang sukar untuk dijawab termasuk mengenai bapanya iaitu Dr Che Muhammad Hafiz. Lufya atau Lutfyah Sheikh Omar, 38, bagaimanapun enggan menjelaskan situasi rumit yang berlaku memandangkan kanak-kanak itu baru sahaja berusia enam tahun dan sukar memahmi persoalan golongan dewasa. “Sebenarnya kalau anak bertanya saya selalu elak sebab dia belum cukup dewasa untuk memahami. “Saya juga tidak mahu dia fikirannya terbeban tetapi jujurnya dia sudah mula tanya soalan yang susah saya nak jawab,” katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Lufya berkata, sekiranya Laana bertanya soalan pelik, biasanya dia akan mengalihkan perhatian anaknya itu dengan perkara lain. Ini termasuk membuatkan dia sibuk dengan aktiviti harian termasuk lebih banyak meluangkan masa bersama ibu saudara dan adik-beradiknya. “Selalunya saya akan alihkan perhatian dia dengan meluangkan masa bersama ibu saudara dan adik-beradik yang semuanya perempuan. “Hubungan saya dan anak rapat, biasanya saya akan ubah topik sebab saya pun tidak mahu bercakap perkara tidak baik,” ujarnya.
Untuk rekod, Lufya mendirikan rumah tangga dengan Dr Che Hafiz pada 26 November 2016 namun pasangan itu berpisah pada 17 Jun 2020. Selepas tiga tahun menduda, Dr Che Hafiz kemudiannya menikah dengan pelakon Julia Farhana pada 14 Disember tahun lalu. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.