Ramai yang tertanya tanya bila budak 6 tahun boleh bawa kereta, terkejut bila budak tu buat pengakuan ada Tok Wan yang pandu

Kes budak 6 tahun memandu sendiri bersama adiknya yang berusia 3 tahun di Langkawi hingga terbabas telah menjadi topik perbincangan utama warganet sejak dari semalam. Ramai yang bagai tidak percaya dengan apa yang berlaku kerana ia agak pelik bagi seorang budak yang masih kecil untuk memandu sejauh 2.5 km. Walau bagaimanapun, malam tadi tular beberapa audio WhatsApp di TikTok mendakwa ia adalah pengakuan dari kanak-kanak terbabit mengenai apa yang terjadi pada malam kejadian. Menerusi perkongsian tersebut, suara yang didakwa kanak-kanak tersebut memberitahu bahawa bukan mereka saja ada di dalam kereta tersebut tetapi terdapat tiga ‘individu’ lain di dalam kereta terbabit.

Bila ditanya siapa yang membawa kereta tersebut, budak lelaki itu mendakwa ada individu yang dikenali sebagai Tok Wan yang memandu kenderaan itu. “Bukan abang bawak, pak lang bawak, pakcik bawak. Ramailah dalam kereta tadi? Siapa yang bawak kereta? Pakcik ka tok wan?” “Pakcik dengan tok wan.” “Depa ajak abang nak pi mana?”  “Pi main game”  “Takkan tok wan tua-tua nak main game…”  Bila ditanya pula mengenai keadaan fizikal ‘tok wan’ tersebut, kanak-kanak itu memberitahu bahawa badannya panas dan mengakui dia mempunyai ‘bulu’.

Menerusi mesej yang tersebar, didakwa juga kanak-kanak itu duduk di atas seorang pakcik tua yang membawa kenderaan berkenaan dan mengajaknya untuk ke kedai membeli mainan. Satu lagi audio WhatsApp juga memperdengarkan suara seorang lelaki meluahkan rasa pelik atas kejadian yang berlaku dan tak dapat memahami bagaimana seorang kanak-kanak pandai mengundurkan kereta dan menarik handbrake dengan sendiri. “Handbrake tu kalau kita tarik kejap, dekat tangan budak-budak tak boleh bawa turun aih, keras! “Tapi bila kita renung balik kan, dia nak jadi pun dekat Titi Chanwang tu jugak,” katanya.

Rata-rata warganet yang mendengar audio berkenaan meluahkan rasa pelik yang serupa, namun ada juga yang mengatakan kanak-kanak mungkin tidak pandai menipu tapi mereka pandai mereka cerita. Hmm susah juga nak percaya kan. Namun menerusi laporan Utusan Malaysia awal pagi ini, pihak polis yang membuat siasatan memberitahu bahawa kanak-kanak berusia 6 tahun yang terlibat dalam kejadian itu dipercayai meletakkan kerusi kecil di atas kerusi pemandu ketika mengendalikan kereta tersebut.

Malah adik lelakinya pula dikatakan telah menekan pedal minyak kereta tersebut semasa mereka keluar dari rumah di Kampung Padang Mengkuang. Pihak polis juga katanya telah merakam keterangan kedua-dua ibu bapa kanak-kanak terbabit dan mereka juga akan merakam keterangan dengan Jabatan Siasatan Jenyh (JSJ) pula. Harap ada lah penjelasan logik di sebalik kejadian ini. Agak pelik bila difikir-fikirkan kan?

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version