Berjaya kumpulkan dana sebanyak RM9 Juta, ramai yang terharu bila dapat tahu usahan dari Kelantan merupakan penyumbang tertinggi

Kejayaan dalam misi mengumpul dana sebanyak RM9 juta untuk seorang bayi  bernama Wan Muhammad Naail yang menghidap penyakit Spinal Muscular Athropy (SMA) Tahap 1 menerusi misirakyat ternyata telah mengembirakan seluruh rakyat Malaysia. Mana tidaknya, rakyat tidak pernah henti memberi sedekah walaupun serendah seringgit kerana ia akan memberi impak yang besar bagi membantu bayi berusia lapan bulan yang sedang bertarung nyawa untuk mendapatkan rawatan dengan kadar segera.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pemilik Founder Misi di laman Instagramnya, dia tidak dapat menahan sebak apabila melihat rakyat Malaysia berganding bahu bersama-sama membantu menyalurkan sumbangan sehingga berjaya mengumpul RM9 juta pada hari ini. Dalam perkongsian tersebut, apa yang menarik perhatian warganet adalah usahawan Hafiz Mahamad telah menghulurkan derma berjumlah RM100,000 dan Ayunie sebanyak RM50,000 telah mengundang kegembiraan ramai. Susulan itu, warganet menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua rakyat dan dua orang usahawan dari Kelantan tersebut yang sanggup berkongsi rezeki dimana mereka merupakan penyumbang tertinggi untuk kutipan Baby Naail.

Difahamkan juga, Founder Misi memaklumkan Ayunie mahu memberikan sumbangan untuk Baby Naail secara bersemuka  ketika bulan puasa untuk merahsiakan perkara tersebut. Bagaimanapun, Founder Misi terpaksa mendedahkan jumlah yang diberikan Ayunie untuk memberikan inspirasi kepada usahawan yang lain melakukan perkara yang bermanfaat. Sekadar info, sebelum ini pelakon popular, Fattah Amin pernah berkongsi tentang masalah kesihatan anak saudaranya, Wan Muhammad Naail atau Naail yang menghidap penyakit jarang dijumpai.

Baby Naail terpaksa bergantung pada mesin bantuan pernafasan memandangkan otot-ototnya semakin hari semakin lemah termasuk otot paru-paru dan ia boleh dirawat selepas mengambil ubat paling efektif, Zolgensma (Gene Theraphy) yang harganya mencecah USD2.1 juta bersamaan lebih RM9 juta. Sumber: OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version