Hubungan baik sebagai rakan antara pelakon Zizan Razak dan Emma Maembong sememangnya diketahui ramai malah dipuji warganet. Terbaru, Emma dan suami, Muhammad Shazli Azhar dilihat hadir ke Gala Premier Polis Evo 3 pada malam Khamis bagi memberi sokongan kepada Zizan yang melakonkan watak Inspektor Sani. Menerusi hantaran di Instagram Stories, aktres cantik berumur 31 tahun itu memuat naik foto bergambar dengan Zizan. Ibu yang baru melahirkan anak kedua ini juga berkongsi pas VIP dengan kapsyen, ‘I’m here to support Zizan Razak.’
Dalam hantaran lain, pemilik nama Fatimah Rohani Ismail mengucapkan tahniah atas hasil karya yang sangat mengagumkan. Pada 9 Mei lalu, Emma baru melahirkan bayi lelaki kedua, Shakil Aryan Shah secara normal di sebuah pusat perubatan. Sekadar info, Emma mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Shazli pada 20 Februari 202 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Shariq Gabriel yang kini berusia dua tahun. Sumber: Ohbulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.