Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada mengesahkan dia tidak bersalah atas dakwaan suaminya sebelum ini yang mendakwa dia sengaja mengggrkan kandungan anak ketiganya, baru-baru ini. Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Shuhada di laman Instagramnya dengan memberitahu segala tuduhan Hafidz terhadap dirinya adalah tidak benar memandangkan keputusan yang diberikan oleh pihak berkuasa selepas selesai melakukan siasatan. Menerusi perkongsian tersebut, Shuhada memaklumkan dia lewat memberi kenyataan kepada umum susulan isu keggran tersebut kerana mahu memberi laluan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.
Hasil keputusan siasatan tersebut menunjukkan Shuhada tidak bersalah dengan segala laporan yang dibuat oleh bekas suaminya sebelum ini.
Bukan itu sahaja, ibu kepada dua orang cahaya mata itu meluahkan rasa kesal dengan sikap suaminya yang tidak pernah bertanya khabar mengenai kandungannya sebelum mengalami keggran malah, sudah beberapa bulan tidak membayar nafkah anak-anak. Menceritakan pula mengenai dakwaan Hafidz yang tidak berpeluang untuk berjumpa dengan anak-anak, Shuhada memberitahu suaminya itu telah menghantar notis untuk jumpa dengan anak-anak ketika pejabat peguamnya sudah tutup kerana cuti raya. Dalam pada itu, Shuhada menegaskan dia mengalami keggran adalah disebabkan tekanan dan dia mempunyai bukti yang kukuh untuk perkara tersebut.
Terdahulu, Hafidz dan Shuhada telah hadir ke mahkamah untuk sebutan pengesahan lafaz talak terhadap isteri di Mahkamah Syariah Shah Alam namun, terpaksa ditangguhkan 20 Jun nanti. Sumber: OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.