Peranan seorang guru adalah mendidik dan membentuk kualiti murid dari segala segi untuk menjadi insan yang berguna. Jasa guru itu tidaklah mampu dibalas jika dibandingkan pengorbanan yang telah mereka lakukan. Bersempena dengan hari guru, usahawan dan pempengaruh, Hafiz Mahamad tampil memberi kejutan kepada bekas gurunya. Menerusi perkongsian di laman Instagram (IG), Hafiz memuat naik video dirinya kembali ke sekolah. Difahamkan, Hafiz tidak pernah datang ke sekolahnya itu setelah habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Klik sini untuk lihat video.
“Hadiah untuk cikgu. Minggu lepas, cikgu sekolah whatsapp saya. Rindu sangat rasa dkt cikgu & sekolah. Selepas spm, harini baru saya datang ke sekolah ni. Harini saya freekan jadual untuk jumpa cikgu cikgu saya. Malu saya cikgu, nakal saya dulu masyaAllah. Maaf jika ada buat cikgu kecewa dulu. Moga harini, budak nakal yg datang ni dpt buat cikgu happy Cikgu minta saya sampaikan “kata kata motivasi” untuk pelajar. Saya kata, maaf “saya tak boleh”. Harini saya dtg bukan untuk mengajar atau mendidik kerana saya “tidak layak”. Cikgu lah pendidik sebenar pada kami
Saya datang hanya untuk beri contoh supaya 1 hari nanti mereka mengikuti untuk menghargai “pemberi pemberi ilmu” yg ada. Cikgu, siapa & apa pun kami selepas sekolah, yg baik itu semuanya dtg dari didikan cikgu Jika kerjaya kami bagus. Cikgu masih happy dgn kami
Jika hidup kami sedih, saya tahu cikgu masih mendoakan kami. Terima Kasih Cikgu. Esok, saya belanja semua cikgu & staff sekolah ni makan KFC. Saya hanya wakil dari pelajar dari sini hehe. InsyaAllah, jumpa cikgu nanti di Bumi Allah. Adik adik semua, selesai sahaja sekolah. Cari & sebarkanlah.. Kejayaan Demi Kebahagiaan.
Hafiz yang dihubungi gurunya itu bertindak mengosongkan jadual lalu bertemu kembali dengan individu yang pernah mengajar dirinya dahulu. “Malu saya cikgu, saya nakal dulu. Maaf jika ada buat cikgu kecewa dulu. Moga hari ini, budak nakal yang datang ni dapat buat cikgu happy. Hari ini saya datang bukan untuk mengajar atau mendidik kerana saya tidak layak. Cikgu lah pendidik sebenar pada kami.” Dalam pada itu, Hafiz, 30, turut memberi hadiah tiket menunaikan Umrah sebagai tanda penghargaan buat Cikgu Linda. Kata Hafiz lagi, kehadirannya ke sekolah itu hanya untuk menjadi contoh kepada pelajar-pelajar lain untuk menghargai jasa insan yang memberi ilmu.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.