Penyanyi rap meningkat naik, Yonnyboii, 24, mendedahkan dia akan berusaha sedaya upaya untuk melayan serta mendapatkan apa saja makanan diidamkan isterinya, Nik Nazira Narriman yang ketika ini sedang hamil lapan bulan. Memetik laporan Harian Metro, Yonny atau nama sebenarnya, Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin memaklumkan bahawa tujuannya berbuat demikian adalah kerana tidak mahu anak yang bakal dilahirkan isterinya itu meleleh air liur.
Yonny turut memaklumkan bahawa terdapat makanan yang diidamkan isterinya sudah berjaya ditunaikannya dan ada juga yang masih dicari-cari. “Dalam tempoh lebih sebulan ini saya akan terus berusaha mencari dan mendapatkan makanan yang diidamkan isteri. Sebabnya, emak saya selalu mengingatkan agar mencari makanan diidamkan itu sampai dapat. Maklumlah, kata orang tua-tua kalau isteri hamil tak dapat makanan yang diidamkan itu, nanti air liur anak akan meleleh. Jadi, kalau boleh saya tak mahulah air liur anak kami meleleh-leleh pula nanti.
Saya akan usaha cari dan cuba dapatkan apa saja isteri idamkan selagi belum sampai masa dia bersalin. Insya-Allah, saya yakin dapat menunaikan semua benda yang didamkan itu.” Dalam pada itu, Yonny menjelaskan bahawa dia dan isteri sudah mengetahui mengenai jantina anak yang bakal dilahirkan namun, mengambil keputusan untuk dirahsiakan dulu sebagai kejutan kepada kawan-kawan. Yonny juga mendedahkan bahawa dia juga dalam perancangan untuk menghasilkan lagu yang sangat istimewa buat anaknya nanti. “Insya-Allah, saya dan isteri akan menimang cahaya mata kami pada pertengahan Julai depan. Sekarang, usia kandungan pun sudah mencecah lapan bulan.
Tak sabar sebenarnya nak jadi ayah, walaupun pada masa sama perasaan sangat berdebar. Tapi, lagu istimewa untuk anak saya memang dalam proses untuk disiapkan.” Untuk info, Yonny dan Nazira selamat bernikah pada 20 November 2021 selepas sebulan mereka mengikat tali pertunangan da kini sedang menanti kelahiran cahaya mata mereka yang pertama. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.