Berkenaan dengan isu harga penjualan semula tiket yang tak masuk akal, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan memanggil penganjur konsert Coldplay bagi mendapatkan maklumat berhubung situasi sebenar isu penjualan tiket konsert berkenaan.Menterinya, Fahmi Fadzil mengatakan bahawa pertemuannya dengan penganjur itu akan turut disertai oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), ia bertujuan agar dapat meneliti pendekatan untuk elak isu harga tiket dijual terlalu mahal berulang lagi pada masa hadapan. lapor Berita Harian.
“Saya sudah berbincang dengan Ketua Setiausaha KKD, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa untuk memanggil penganjur konsert dan agensi berkaitan.” “Perbincangan itu bagi membolehkan kita memahami apa yang sebenarnya berlaku, kenapa ia berlaku, bagaimana ia boleh diatasi buat masa sekarang serta apa langkah perlu diteliti supaya tidak berulang pada masa depan.” Sebelum ini, tular satu kes apabila ada individu dipercayai kumpulan scalper atau pembel tiket hantu telah menjual semula tiket konsert siri jelajah Coldplay iaitu Music Of The Spheres World Tour (MOTSWT) di Stadium Bukit Jalil pada 22 November ini dengan harga mencecah RM43,200.
Dikhabarkan bahawa harga asal untuk tiket tempat duduk kategori 1 itu harganya cuma RM1,288 seperti tertera dalam laman web rasmi GoLive-Asia, namun golongan scalper ini mark up harga untuk dijual semula dengan harga yang tidak masuk akal. Susulan itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, dalam laporan media semalam berkata, sekiranya ada pihak membuat aduan, pihaknya akan menyiasat perkara itu mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599).
Fahmi berkata, antara perkara utama akan diteliti ialah cara penjualan tiket konsert kumpulan muzik Britain itu sama ada perlu ada sekatan atau syarat yang perlu dikenakan terhadap penganjur. “Bagi MCMC pula, mereka meneliti peruntukan undang-undang untuk mengambil tindakan terhadap platform digital yang menjadi pilihan ulat tiket untuk menjual semula tiket.” Malah, Fahmi Fadzil juga turut mengingatkan orang ramai bahawa jika ingin membeli mana-mana tiket konsert, elak daripada membeli darpada ulat tiket, sebaliknya beli di tempat platform dan sumber yang betul.
Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.