Keazaman seorang lelaki yang dikenali sebagai Herry Nizam yang sanggup berjalan kaki dari Plaza Tol Bidor, Perak menuju ke Mekah secara solo demi mengerjakan ibadah Umrah telah membuahkan hasil apabila sudah sampai di tanah suci. Meskipun melalui pelbagai halangan dan cabaran, Herry telah mengejutkan ramai apabila impiannya untuk menjejaki tanah suci Mekah telah tercapai tidak sampai sebulan selepas menerima bantuan seseorang. Menceritakan kembali, Herry mendedahkan dia menerima sumbangan dua tiket penerbangan secara percuma dari Bangkok ke Mekah oleh seorang individu yang berniat mahu melancarkan perjalanannya ke sana. Klik sini untuk lihat video.
Pada awalnya, Herry enggan untuk menerima tawaran tersebut namun, dia telah bersetuju selepas dinasihati rakannya kerana tidak mahu menghampakan perasaan individu yang membantunya. Terbaharu, menerusi hantaran terbaharu Herry di laman TikToknya, kelihatan Herry sedang bertahallul dengan menggunting rambutnya selepas selesai melaksanakan rukun saei’ di dalam masjid Al-haram. Dalam rakaman itu, ia telah menjadi bukti Herry sudah berada di tanah suci dan lelaki dalam rakaman tersebut telah menjadi saksi bahawa ibadah umrah Herry telah dilaksanakan.
“Asalamualaikum, dia dah tahallul maknanya lepas dia tahallul umrah dia dah selesai. Aku saksi umrah abang ini sudah selesai,” ujar lelaki itu. Herry meluahkan rasa sebak kerana dia tidak menyangka keinginan dan impiannya telah termakbul selepas mengharungi pelbagai dugaan yang menimpa, sebelum ini. “Saya tak boleh nak cakap apa, sebak sangat. Sepanjang perjalanan saya menitis air mata. Terima kasih sahabat saya kerana mendoakan saya sampai ke tahap ini. Jadi, apa-apa kita nak buat kita kena yakin Allah itu Maha Mengetahui segala-galanya,” kata Herry.
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berasa sebak mendengar kata-kata Herry yang mempunyai keazaman serta keyakinan yang tinggi untuk melakukan amal ibadah demi Allah.
Dalam pada itu, ramai bersyukur Herry sudah sampai ke Mekah dengan selamat dan berharap agar urusannya sentiasa dipermudahkan balik ke Malaysia. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.