Ikea satu Malaysia akan ditutup selama 1 hari pada 30 Mei, rupanya ini sebab dia tutup

Kedai perabot Sweden, IKEA sememangnya menjadi salah satu tempat yang paling disukai oleh rakyat Malaysia. Mana taknya, selain perabot dan barang hiasan rumah yang cantik dan mampu milik, ia juga menawarkan makanan yang enak seperti meatballs. Namun, menurut Facebook rasmi Ikea Malaysia, Ikea seluruh Malaysia akan ditutup selama sehari pada Selasa, 30 Mei ini. Penutupan selama sehari itu adalah untuk memberi laluan kepada proses menaik taraf sistem IKEA agar pihak mereka dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan.

Selain gedung IKEA, halaman pembayaran (checkout page) di laman web IKEA juga akan ditutup pada hari tersebut. Pelanggan masih tetap boleh melayari website IKEA untuk tengok barang atau ambil inspirasi namun anda tak boleh membuat bayaran untuk barangan yang ingin dibeli secara online. Namun, jangan risau sebab pada 31 Mei iaitu Rabu, gedung dan laman web IKEA akan beroperasi seperti biasa.

Jadi, kalau korang ada plan nak jalan-jalan window shopping di IKEA pada Selasa ni, nampaknya kena tukar plan ke hari lain lah. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version