Kerajaan tak kan naikkan tarif elektrik, tapi lepas ni tiada lagi subsidi elektrik untuk golongan T20

KERAJAAN tidak akan menaikkan tarif elektrik kecuali bagi kumpulan isi rumah T20, demikian kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. “Kita (kerajaan) tidak akan menaikkan tarif elektrik kecuali untuk T20. “Untuk T20 saja iaitu rumah-rumah besar tidak akan diberikan subsidi elektrik,” katanya pada Isnin. Anwar berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Larut merangkap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang ingin mengetahui dasar-dasar baharu dan drastik yang telah dilaksanakan semenjak memimpin Malaysia bagi melonjakkan ekonomi negara, dengan mengambil kira risiko pengucupan ekonomi dunia.

Anwar menambah, Pangkalan Data Utama (Padu) akan menjadi agensi utama untuk menyelaraskan perkara itu. Perdana Menteri turut menyatakan bahawa golongan T20 juga perlu menanggung kos keseluruhan haji. “Kita tidak akan lagi memberi subsidi kepada mereka dan mereka perlu membayar kos penuh kerana mereka dalam kalangan orang yang mampu,” kata Anwar lagi. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version