Masih ramai lagi yang tak tahu hukum sambut hari ibu, warganet puji Jep Sepahtu sebab berani kongsikan hukumnya pada org ramai

Hari Ibu merupakan hari istimewa yang ditumpukan kepada seluruh para ibu di dunia atas segala jasa yang telah dilakukan. Namun begitu, pelawak dan penyampai radio terkenal, Jep Sepahtu tampil membuat teguran kepada umum. Menerusi video di laman Instagram (IG), Jep atau nama sebenarnya Mohd Nazri Zainal Abidin memuat naik satu perkongsian daripada pendakwah, Ustaz Azhar Idrus mengenai hukum orang Islam yang menyambut Hari Ibu. Dalam video tersebut, UAI menyatakan bahawa haram dan berdosa besar jika seseorang individu yang beragama Islam menyambut Hari Ibu yang jatuh pada 14 Mei itu. Klik sini untuk lihat video.

Tindakan Jep tersebut meraih perhatian warganet yang disertakan dengan kapsyen yang ringkas. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji keberanian Jep dalam menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim untuk menegur sesama sendiri. Selain itu, terdapat juga warganet yang berterima kasih atas perkongsian yang dikongsinya.

Komen warganet:

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version