Kelahiran seekor anak kambing yang memiliki satu mata dan berwajah seperti manusia mengejutkan penduduk sebuah kampung di Indonesia, lapor akhbar Daily Star semalam. Haiwan itu dilahirkan di Pandan Indah, daerah Lombok Tengah dan merupakan salah satu daripada dua anak kambing yang dilahirkan oleh seekor induk pada 7 Mei lalu.
Bentuk badan salah seekor daripadanya adalah normal, manakala seekor lagi kelihatan seakanp-akan manusia disebabkan janggutnya. Jiran kepada pemilik kambing itu, Masdar Fardi, 26, berkata: Kambing bermata satu itu agak pelik, tidak berbulu dan warnanya juga pelik.
Wajahnya malah kelihatan seperti manusia disebabkan janggutnya,” katanya. Anak kambing bermata satu itu kemudian dilaporkan mati 20 minit selepas ia dilahirkan, tetapi penduduk tempat sempat melihatnya. Sejurus selepas kematiannya, pemilik haiwan itu, Suprapto, 30, menanamnya dalam tanah.
Malam tadi (7 Mei), ramai penduduk ingin melihat kambing bermata satu. Malah penduduk dari Kampung Kabul datang melihat anak kambing itu,” tambah Masdar.
Menurut Ketua Agensi Pertanian Lombok Tengah, Taufikurrahman Puanote, anak kambing itu mengalami cyclopia iaitu sejenis kecacatan yang jarang berlaku. – Agensi. Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.