Tular Burung Merpati sado tarik perhatian warganet.

 Orang ramai tertarik melihat sebuah klip video yang memaparkan seekor burung merpati berbadan tegap dan tinggi yang kini tular di media sosial, lapor akhbar Daily Star semalam. Video tular di Twitter pada hujung minggu lalu itu menunjukkan seorang pengguna menemui seekor burung merpati yang mempunyai ketinggian luar biasa.

Seperti pelbagai jenis baka anjing, spesies merpati juga datang dalam pelbagai bentuk dan saiz seperti burung merpati pouter ini,” tulis akaun tersebut. Jika sekilas pandang, merpati berbulu kelabu putih itu kelihatan sama seperti burung-burung lain yang boleh dilihat di jalanan.

Akan tetapi, ia sebenarnya lebih tinggi kerana memiliki kaki yang panjang dan bulu putih yang menutupi kakinya. Ciri fizikal burung itu membuatkan netizen tertarik dan menyamakannya dengan watak dalam kartun animasi terkenal dengan berkata: “Adakah itu Pokemon?.

Namun, terdapat segelintir pengguna media sosial yang menjelaskan bahawa burung itu adalah daripada baka unik iaitu merpati pouter Inggeris. – Agensi. Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version