PELAKON Hafidz Roshdi mengatakan isterinya iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri tidak mengalami keggran sebaliknya memilih untuk mengggrkan kandungan anak ketiga mereka yang baharu memasuki usia 14 minggu. Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 29, mendakwa Shuhada ada menghantar mesej pesanan di WhatsApp miliknya memaklumkan dia hamil dan mahu mengggrkan kandungan tersebut. Jelas Hafidz, dia juga merayu agar isterinya itu tidak berbuat demikian malah berjanji akan bertanggungjawab terhadap anak mereka meskipun pelbagai masalah melanda rumah tangga mereka.
“Dia ada WhatsApp saya memberitahu dia hamil dan mahu ggrkan kandungan. Saya tidak bersetuju dia melakukan pengggran, saya sudah menghalangnya. Saya ada beritahu padanya agar jaga dia (kandungan) dengan baik dan saya akan bertanggungjawab tapi sebaliknya berlaku. “Memang sedih apabila dapat tahu tentang keggran anak ketiga kami,” katanya kepada pemberita. Hafidz mengulas perkara itu ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada pagi Selasa bagi sebutan pengesahan lafaz talak mereka bagaimanapun kes itu ditangguhkan pada 20 Jun depan.
Tambah Hafidz, Shuhada ada memberitahu kepadanya dia ingin mengggrkan kandungan tersebut kerana ingin memulakan kehidupan baharu. Hafidz berkata, dia hanya mengetahui Shuhada mengalami keggran pada 5 Mei lalu selepas dimaklumkan oleh peguamnya selepas menerima surat daripada pihak Shuhada mengatakan dia mengalami keggran pada hari raya kedua iaitu 23 April 2023. “Dia nak fokus dengan kehidupan baru dia. Dia pun ada kata, dua (orang anak) pun setengah nyawa nak jaga, apatah lagi tiga,” ujarnya.
Dalam pada itu, kata Hafidz, selepas Shuhada memberitahu mahu mengggrkan kandungannya, dia membuat laporan polis termasuk satu lagi laporan selepas dia dimaklumkan tentang keggran dialami isterinya itu. Jelasnya, sebagai bapa dia berhak di bawah undang-undang untuk mendapat penjelasan sebaiknya daripada Shuhada berhubung perkara itu. “Saya berasa amat sedih atas berita kononnya Shuhada telah mengalami keggran dan dia tidak memaklumkan mengenai perkara itu. “Selain laporan polis, saya turut meminta peguam untuk menulis surat kepada peguam Shuhada untuk mendapatkan kepastian berkenaan punca dan sebab sebenar kononnya Shuhada mengalami keguguran.
“Ini termasuk dokumen-dokumen berkaitan dengannya untuk penelitian dan tindakan lanjut,” katanya. Menerusi laporan media sebelum ini, Shuhada menyangkal tuduhan dia sengaja menggugurkan kandungan tersebut sebaliknya memberitahu tekanan selain tidak mengambil ubat anti-kemurungan menyebabkan dia mengalami keggran. Dalam perkembangan sama, peguam mewakili aktor itu, Datuk Akberdin Abdul Kadir berkata, pihaknya terus berhubung dengan peguam Shuhada selepas wanita itu memaklumkan hasrast mengggrkan kandungannya. “Selepas Hafidz terima WhatsApp tentang hasrat menggugurkan kandungan, kami terus maklumkan kepada peguam Shuhada serta-merta sebelum membuat laporan polis pertama sebelum Hari Raya Aidilfitri lalu.
“Selepas itu, dapat berita Shuhada sudah keggran dan anak guam saya terperanjat sebelum membuat laporan polis kedua kerana berpendapat perkara itu adalah satu kesalahan jenyh. Buat masa ini, kami akan tunggu tindakan pihak polis mengenai hal ini,” jelasnya. Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu selain Humairah ialah Umar yang kini berusia 2 tahun.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.