Watie Hanifiah teruk kena kritik dengan warganet lepas muat naik video tunggang kuda, rupanya benda ni yang warganet perasan

Bakal isteri pelawak terkenal, Shuib Sepahtu, Watie Hanifiah sejak kebelakangan ini kerap menjadi perhatian apabila masing-masing sudah lebih terbuka dengan hubungan mereka. Shuib juga telah mengesahkan bakal bernikah dengan Watie pada Jun nanti dan mereka juga dilihat berhari raya bersama-sama dengan berpakaian sedondon.

Namun begitu, perkongsian terbaru Watie di Instagramnya telah mendapat perhatian netizen apabila menunggang kuda dan bersiar-siar dipersisiran pantai. Walaupun Watie telah menutup ruangan komen dari dihujani komen-komen, namun ada sahaja akaun TikTok ‘nakal’ yang memuat naik semula video tersebut sehingga dipenuhi dengan respon dari pengguna media sosial. Pelbagai komen diperoleh daripada warganet yang tidak senang melihat gerak geri wanita itu yang menunggang kuda dengan perlahan. Mereka juga seakan tidak terima cara Watie menunggang kuda kerana disifatkan berlebihan memandangkan haiwan tersebut hanya berjalan santai. Klik sini untuk lihat video.

Untuk rekod, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Mohamad, 39 dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga sekali lagi dengan Watie Hanifiah yang merupakan seorang usahawan. Menurut penyampai radio Suria FM itu, dia memilih Watie untuk menjadi pasangannya disebabkan sifat wanita berkenaan yang rapat dan sayang dengan anak-anaknya bersama allahyarham Siti Sarah. Ujar Shuib dalam temubual sebelum ini, anak-anak dan ibunya turut selesa dengan wanita itu. Mereka juga sudah kerap bertemu dan berhari raya bersama pada Aidilfitri tempoh hari.

Sumber: OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version