Bukan biasa biasa, baru 4 hari ditayangkan Polis Evo 3 dah kutip RM16 juta

FILEM Polis Evo 3 terus membuktikan kejayaan apabila berjaya memperoleh kutipan sebanyak RM16 juta selepas empat hari tayangan di pawagam. Pencapaian itu membuktikan karya tempatan kekal mendapat tempat dalam kalangan peminat meskipun perlu bersaing hebat dengan tayangan filem Hollywood, Fast X. Meluahkan rasa syukur atas sambutan penonton, Penerbit Eksekutif merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad memberitahu ini juga menjadi tanda aras filem tempatan adalah setanding karya luar negara.

“Syukur atas kejayaan luar biasa ini dan ia membuktikan penonton kita masih mempercayai filem tempatan serta mahukan filem berkualiti. “Sokongan padu penonton menjadi nadi untuk filem Malaysia terus bernafas dan melangkah setanding naskah luar negara,” katanya dalam satu kenyataan. Bagi merancakkan lagi tayangan filem ini, pihaknya menjadualkan siri jelajah di beberapa lokasi dalam usaha meningkatkan lagi jualan tiket.

Malah musim cuti persekolahan yang bermula Sabtu lagu juga diharapkan menjadi faktor kepada lebih ramai peminat untuk membeli tiket di pawagam seluruh negara. “Memandangkan cuti sekolah telah tiba, kami mengharapkan lebih ramai penonton dapat datang menyaksikan filem aksi komedi ini bersama seisi keluarga kerana ia memang sesuai untuk hiburan sekeluarga. “Kami memulakan sesi jelajah di Pantai Timur sebelum ini dan disambut meriah peminat. Ada yang sanggup datang jauh semata-mata untuk menyaksikan filem ini,” ujarnya.

Filem terbitan bersama Astro Shaw, Skop Productions dan TGV Pictures ini merupakan arahan pengarah Syafiq Yusof dan mula ditayangkan sejak 25 Mei lalu. Siri jelajah bertemu peminat bersama barisan pelakon turut akan diadakan di beberapa lokasi seluruh Malaysia selain di Singapura. Filem Polis Evo 3, sekali lagi menggandingkan pelakon Shahiezy Sam dan Zizan Razak sebagai teraju utama yang membawa misi mereka sebagai anggota polis. Selain Sam dan Zizan, pelakon lain yang turut membintangi filem ini adalah Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan dan Eyka Farhana.

Terdahulu Polis Evo (2015) mencatat rekod sebagai filem tempatan pertama menembusi kutipan box office lebih RM18 juta dan Polis Evo 2 (2018) memungut jumlah box office RM23juta. Sumbe: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version