Warganet perasan Dato Aliff Syukri payungkan diri sendiri bukan isteri dan ank, sekali ini reaksi tuan badan

GELAGAT usahawan Datuk Seri Aliff Syukri yang dilihat memayungkan diri sendiri tanpa menghiraukan isteri yang sedang mendukung bayi dalam cuaca panas mereka menjadi perhatian warganet. Menerusi perkongsian video yang tular di TikTok, Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 36, mengiringi isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid dan anaknya Luqman Al-Hakim masuk ke dalam rumah sambil diiringi alunan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Ia bersempena dengan majlis kesyukuran dan aqiqah serta rumah terbuka Aidilfitri yang diadakan di kediamannya di Kota Damansara pada Sabtu. Aliff yang segak menggayakan persalinan baju Melayu sedondon rona biru gelap bersama isterinya berjalan sambil memegang payung yang melindungi dirinya daripada cahaya matahari. Klik sini untuk lihat video.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet sempat bergurau mempersoalkan tindakan usahawan kosmetik tidak memayungkan isteri dan anak lelakinya. “Bukan patut kena payung bayi ke. Bapa pentingkan diri sendiri ni. Haha! “Masalahnya payungkan siapa tu. Tak mengapalah semoga dipermudahkan urusan. “Saya masih tertanya, payung untuk siapa sebenarnya ni. Tak sweet la Datuk ni,” tulis warganet. Aliff bagaimanapun dengan bersahaja menjawab pertanyaan warganet memberitahu bahawa dia berasa panas dan kerana itu terpaksa memayungkan diri sendiri.

“Sebab saya panaslah awak,” tulisnya. Untuk rekod, Aliff mendirikan rumah tangga dengan Shahida pada Ogos 2007. Selain Luqman yang dilahirkan pada April lalu, pasangan ini turut dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudah Arshiyah. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version