Pelakon Syifa Melvin tampil memberikan respons padu kepada warganet selepas dirinya didakwa membuat pembedahan mulut. Perkara tersebut telah didedahkan oleh Syifa menerusi sebuah video yang tular di TikTok, baru-baru ini. Dalam perkongsian tersebut, salah seorang pengikutnya telah mempersoalkan di mana pelakon itu membuat bibirnya ketika live.
Menyedari perkara itu, Syifa secara spontan memberikan respons padu yang berbaur sinis kepada individu tersebut. Bila kita dekat Thailand ni, faham-fahamlah. Bukan kata bibir, kelopak mata pun boleh buat. Kami appoinment tukar warna mata ni minggu depan. Sayang, you nak buat tak?,” katanya.
Terkejut mendengar reaksi spontan itu, suaminya, Safawi Rasid turut geli hati dengan kenyataan isterinya. Taknaklah, saya dah sempurna dah. Allah dah bagi yang terbaik dah. Rezeki,” kata Safawi.
Dalam pada itu, Syifa sempat memuji bibir suaminya dan menyatakan dia berharap agar anak mereka nanti mempunyai bibir bapanya. Bibir you Allah bagi yang terbaik sayang. Bibir punya tebal Pawi ni macam kena ketip tebuan. I harap anak kita ikut bibir you la. Ikut mulut you, jangan mulut jahat macam I,” katanya.
Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.