Tak pernah bermimpi untuk bertanding dalam mana mana pentas, Ryan Bakery nak buktikan content creator pun boleh jadi kerjaya

SEMAKIN serius menyusun langkah dalam bidang nyanyian, personaliti media sosial Ryan Bakery tidak pernah bermimpi untuk bertanding dalam mana-mana pentas anugerah bagi mengukur kredibiliti vokal dan lagu nyanyiannya. Ryan atau Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 28, berkata, sudah cukup baginya jika lagu-lagu nyanyiannya mendapat sambutan baik pendengar sebagai hiburan telinga. “Tak pernah terfikir pun nak bertanding di pentas anugerah dalam bidang nyanyian. Saya menyanyi hanya sekadar suka-suka sahaja. Tetapi itu tidak bermakna saya main-main sebagai penyanyi.

“Saya suka tampil dengan lagu-lagu rakyat dan jenaka yang boleh memberi mesej kepada orang ramai sambil menghiburkan peminat. Selain itu, lagu-lagu saya juga boleh dijadikan muzik latar bagi kandungan di media sosial,” katanya.Ryan berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35) yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Jumaat lalu. Bersempena sambutan Aidilfitiri lalu, Ryan tampil dengan lagu berjudul Raya Last Minit yang merupakan duet bersama Andi Bernadee.

Ryan juga bakal melancarkan single kedua yang juga lagu duet pada Julai nanti. Bercakap tentang pencalonan top 20 ABPBH35, Ryan berkata, ia merupakan cabaran besar buatnya untuk kekal relevan selepas pernah memenangi trofi undian peminat dalam acara berbeza sebelum ini. “Sebagai seorang content creator, pasti ia memberi tekanan buat saya untuk kekalkan apa yang pernah saya miliki sebelum ini namun kita juga harus sedar tidak selamanya akan berada di atas.

“Saya serahkan semuanya kepada rezeki. Apa yang saya ada sekarang ini pun merupakan bonus penjenamaan diri,” katanya. Ryan bersaing dalam tiga kategori iaitu Video Viral Popular, Tiktokers Popular dan Content Creator Popular. Tambahnya, menerusi pencalonan sebegini juga menjadi bukti apa yang dilakukan selama ini boleh menjadi satu kerjaya dan menjana pendapatan. “Bagi saya apabila tercalon ini memberi semangat buat diri sendiri dan lebih ramai content creator di luar sana untuk menyukai perkara yang mereka lakukan.”Ini sebagai bukti content creator juga sekarang sudah menjadi satu kerjaya kerana ada yang anggap perkara ini adalah sia-sia,” jelasnya.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version