PENYANYI Black Hanifah meluahkan rasa kecewa apabila dituduh membeli sebuah kapal pelayaran mewah di Pulau Langkawi, Kedah hasil penggubahan wang haram. Black atau Hanifah Muhammad Hanafiah, 37, menganggap ia ftnh besar terhadapnya dan menjelaskan apa yang dimiliki hari ini adalah hasil usaha kerasnya sendiri. “Tiba-tiba saya dapat fitnah. Cukuplah saya bekerja keras untuk semua benda yang saya dapat hari ini,” katanya. Black meluahkan perkara itu menerusi satu perkongsian di Instastory miliknya pada Selasa.
Dalam perkongsian berbeza penyanyi ini memuat naik sebuah video yang menceritakan kononnya dia berbelanja mewah di pulau peranginan tersebut.Menerusi penjelasan itu, Black bagaimana dilihat tidak menafikan telah memiliki kapal layar seperti yang disebut. “Saya tidak faham apa yang sakit hati dan iri hati sangat dengan kejayaan anak Melayu. Saya kerja siang dan malam untuk saya dapat seperti hari ini,” ujarnya. Penyanyi lagu Teman Pengganti ini juga menganggap cerita berkenaan mula timbul disebabkan sikap iri hati sesetengah pihak terhadap kejayaan yang dimiliki hari ini.
“Bila manusia mula merah mata dan iri hati dengan kejayaan kita,” tulisnya ringkas pada video berkenaan. Sebelum ini juga pernah timbul cerita kononnya Black membangunkan inap desa di Langkawi hasil penggubahan wang haram namun dia menafikan hal tersebut. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.