Sebelum ini, pelakon Shahronizam memaklumkan jari kelingkingnya telah putus selepas pisau yang digunakan untuk memotong ayam terlepas daripada tangannya. Baru-baru ini, menerusi temubual Hlive, Shahronizam meluahkan rasal kesal dengan sikap Persatuan Seniman Malaysia dan segelintir rakan selebriti yang tidak bertanya khabar susulan kejadian yang menimpa dirinya. Menurut aktor berusia 50 itu, mustahil untuk pihak persatuan tidak mengingati dirinya, sedangkan namanya sudah lama bertapak dalam industri tanah air.
“Hanya rakan yang terdekat ada tanya khabar saya seperti Azhan Rani. Saya sedikit terkilan dengan persatuan Seniman, bukan saya tidak kenal dia dan bukan dia tidak kenal saya. Panggilan telefon mahupun mesej tiada pun daripada mereka (persatuan). Sehingga ke hari ini. Rakan artis yang ada tanya saya, alhamdulillah. Saya pun dah lama dalam Seniman, bukan baru. Dalam masa sama, Shahronizam berkata, selepas kejadian tersebut, dia akui sedikit sukar untuk memegang sesuatu barang di tangan.
“Tangan saya masih tidak kuat lagi untuk genggam barang. Saya pun sepatutnya sudah mula untuk masuk ke lokasi penggambaran. Harapnya segalanya baik dan dipermudahkan. Terdahulu, Shahronizam akui reda dengan kejadian jari kelingkingnya terpts ketika sedang memotong ayam dalam kejadian yang berlaku di rumahnya, awal April lalu. Shahronizam kemudian dikejarkan ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut dan menjalani pembedahan. Jelasnya, doktor memaklumkan jarinya yang putus itu terkena urat besar dan sekiranya disambung akan merosakkan urat berkenaan.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.