Pelakon dan usahawan terkenal, Wawa Zainal menegaskan dia tidak akan menghalalkan pendapatan diperoleh penjual hasil daripada menjual produk ciplak Sunscreen Wawa Cosmetics. Menurut Wawa, dia mula menyedari aktiviti menjual produk tiruan Wawa Cosmetics di pasaran terbuka selepas mendapat aduan daripada ‘re seller’ dan pengguna. Kata aktres berumur 32 tahun itu, dia risau dengan kesihatan pembeli yang sudah terpedaya membeli produk yang berkemungkinan boleh memudaratkan kulit.
“Sampai sekarang saya masih geram. Saya memang takkan halalkan pendapatan diperoleh mereka hasil daripada menjual produk ciplak Sunscreen Wawa Cosmetics. “Akhirnya mimpi buruk yang dialami peniaga lain terjadi pada saya. Selama ini saya hanya mendengar masalah usahawan lain apabila produk mereka diciplak. Tindakan mereka sangat jahat dan begitu berani seolah-olah produk itu milik mereka. Apa yang saya lebih risaukan adalah soal kesihatan pengguna yang sudah membeli produk tiruan itu.
Saya takut jika terjadi apa-apa pada mereka hingga memudaratkan kulit. Perkara sebegini memang tidak difikirkan oleh pihak yang menjual barang tiruan. Mereka tahu nak duit dan untung saja. Tidakkah mereka sedar perbuatan itu salah? Berhentilah menganiaya orang ramai. Kalau tak ada duit, carilah kerja halal lain. Jangan mencuri hasil titik peluh orang.” Dalam pada itu, pemilik nama Nur Hawa Zainal Abidin menyatakan pihaknya sedang berusaha untuk mengesan pihak tidak bertanggungjawab itu sebelum menyerahkan kepada pihak berkuasa.
Sekarang ini saya dan pasukan sedang giat memberitahu semua ‘re-seller’ dan pengguna khususnya macam mana nak bezakan produk asli dan tiruan. Saya berharap mereka jelas dan tidak terpedaya. Walaupun produk Wawa Cosmetics dijual di semua platform dalam talian, tapi ciri-ciri khas seperti kod bar, warna dan kualiti kandungan tetap diutamakan. Insya-Allah, perkara ini juga kami akan bawa ke depan agar ia tidak berulang lagi.” Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.